Hijrah :)
Sunday, 16 June 2013 | 0 comments
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم , السلام عليكم ورحمة الله هيوبركاته Hijrah yang berarti perpindahan dianggap sebagai salah satu ibadah dengan nilai pahala yang tinggi. Dalam banyak ayat al-Quran Allah Swt menjelaskan kemuliaan ibadah ini dan menjanjikan ganjaran yang berlipat ganda kepada mereka yang berhijrah.
Sebab, selain kesulitan yang dihadapi seorang muhajir baik kesulitan karena meninggalkan negeri asal, kesulitan di negara baru dan banyak hal lain, hijrah juga dimaksudkan untuk menjaga dan memelihara agama dan risalah ilahi yang terakhir ini.
Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. -Surah At-Tahrim (66):6
Semoga Allah menjauhkan kita dari api neraka. Amin~
Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w bersabda: "Dinyalakan api neraka seribu tahun lalu menjadi putih. Dipanaskan lagi seribu tahun lalu menjadi hitam.Maka dia adalah hitam seperti malam gelap-gulita."Hadis Riwayat imam at-Tarmizi & imam Ibnu Majah .
Derhaka Kepada Ayah dan Ibu :_
Dari Abu Hurairah radiallah huanhu katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : empat golongan yang pasti Allah tidak akan memasukkan mereka ke dalam syurga dan tidak akan merasakan kenikmatan syurga, orang yang men=minum arak, memakan riba' , memakan harta anak yatim secara zalim dan derhaka kepada kedua ibu bapanya." Dikeluarkan oleh Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak.
Alangkah buruknya akibat yang akan ditanggung oleh empat golongan yang disebutkan Nabi s.a.w di dalam hadis di atas. Syurga adalah tempat yang dinantikan oleh semua orang. Keharuman bau syurga boleh dihidu beratus-ratus tahun perjalanan.Namun, ruginya golongan ini kerana mereka bukan sahaja tidak dapat masuk ke syurga malah tidak dapat merasai nikmatnya syurga .
Nabi Muhammad s.a.w melihat satu peristiwa pada malam Isra Mikraj di mana terdapat orang yang berenang di sungai darah dalam api neraka. kemudian, ramai orang melontarkan batu yang panas ke dalam mulutnya. kata Jibril itulah orang yang memakan harta riba semasa hidupnya. Begitu berat siksaan yang akan diterima oleh pemakan riba.
Golongan yang menderhakai ibu bapa juga akan menerima siksaan api neraka yang dahsyat. Derhaka kepada ibu dan ayah merupakan antara dosa-dosa besar dan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t . Jagalah sebaik mungkin hati kedua ibu bapa kita kerana merekalah yang melahirkan dan menjaga kita sedari kecil. Sememangnya tidak terbalas jasa yang mereka taburkan kepada kita namun berusahalah sebaik mungkin untuk membahagiakan mereka. Berbuat baiklah terhadap mereka sebanyak-banyaknya ketika mereka masih hidup dan doakanlah kesejahteraan mereka apabila mereka sudah tiada kelak. Terguris hati dan perasaan mereka, akan menghilangkan keberkatan hidup seorang manuisa bergelar anak. Kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibu ayah.
Berdoalah dengan doa ,
"Ya Allah ! ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil "
Jangan lupa untuk berdoa setiap kali selepas solat. ini Antara kebaikan yang boleh kita lakukan kepada kedua ibu bapa kita samada mereka masih hidup ataupun telah tiada.



Le Gadis

Le Chatbox
shoutbox here.
Le Credits